ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 13. Pindaan seksyen 47.
Seksyen 47 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan memotong perkataan "berkanun" pada baris 5 subseksyen (1);
(b) dengan menggantikan subseksyen (16) dan (17) dengan yang berikut:
" (16) Sesuatu talaq rajii yang dilafazkan oleh suami melainkan dirujuk lebih awal sama ada dengan nyata atau sebaliknya atau oleh suatu perintah Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa menamatkan pernikahan sehingga tamat tempoh iddah.
(17) Jika isteri hamil pada masa talak itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talak atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa menamatkan pernikahan sehingga berakhir tempoh kehamilan itu."; dan
(c) dengan memasukkan selepas sahaja subseksyen (17), subseksyen baru (18) berikut:
" (18) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang seorang isteri yang telah ditamatkan pernikahannya dengan talak yang berkuatkuasa di bawah seksyen ini dari bernikah semula dengan suami yang sama tanpa bernikah semula dengan seorang lain terlebih dahulu melainkan jika penamatan itu berkuatkuasa sedemikian pada kali ketiga.".