ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 8. Pindaan seksyen 23.
Seksyen 23 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan berikut:
"(1) Tiada seorang lelaki boleh berkahwin lagi dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syar'iah, dan jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut, maka perkahwinan itu hanya boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah mahkamah dan tertakluk kepada seksyen 123.".
(b) dengan memotong perkataan "berkanun" pada baris 4 subseksyen (3); dan