ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1985 [En. 2/85] yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan "bahawa" dengan perkataan "bahaya" dalam tafsiran "darar syarie";
(b) dengan memasukkan perkataan "maruah" selepas sahaja perkataan-perkataan "akal fikiran" dalam tafsiran "darar syarie";
(c) dengan menggantikan tafsiran "Hukum Syara'" dengan tafsiran yang berikut:
' " Hukum Syara' " ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana mazhab yang muktabar;'; dan
(d) dengan memasukkan selepas sahaja tafsiran "nasab", tafsiran berikut:
' " pemberian" ertinya pemberian yang berupa wang tunai atau harta benda yang diberi oleh suami kepada isteri pada masa pertunangan atau perkahwinan;';