ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 14. Pindaan seksyen 48.
Seksyen 48 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan "perkelahiran" pada baris 1 dan 2 subseksyen (1) dengan perkataan "perkelahian"; dan
(b) dengan menambah selepas sahaja subseksyen (6), subseksyen baru (7) berikut:
" (7) Mana-mana orang atau Peguam Syarie tidak boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak di hadapan Hakam selain daripada seorang ahli keluarga yang karib kepada pihak itu tanpa kebenaran Hakam itu.".