ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 16. Seksyen baru 52A.
Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 52, seksyen baru 52A berikut:
"Seksyen 52A. Li'an.
(1) Apabila suami dan isteri kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syara' di hadapan Hakim Syarie, Hakim itu hendaklah memerintahkan mereka suami dan isteri berfarak dan berpisah buat selama-lamanya.
(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai secara li'an dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.".