ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 18. Pindaan seksyen 55.
Seksyen 55 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "perintah atau perintah-perintah muktamad mengenai penjagaan dan nafkah anak-anak tanggungan mengenai nafkah dan tempat kediaman isteri yang diceraikan dan mengenai bayaran mut'ah kepadanya," dengan perkataan-perkataan "perintah mengenainya."; dan
(b) dengan memotong perkataan-perkataan "mengenai nafkah, penjagaan, dsb.," pada nota birai