ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 17. Seksyen 53 baru.
Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 53 dengan seksyen 53 baru berikut-
"Seksyen 53. Perceraian atas anggapan mati.
(1) Jika suami seseorang dipercayai telah mati atau tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh empat tahun atau lebih dan hal keadaan adalah sebegitu sehingga ia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara', sebagai telah mati, Mahkamah boleh atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar mengeluarkan dalam borang yang ditetapkan suatu perakuan menganggap suami itu telah mati.
(2) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan solah-olah perakuan itu adalah perakuan cerai.
(3) Jika perempuan itu berkahwin semula dan kemudiannya suaminya yang dianggap telah mati itu kembali atau didapati atau dibuktikan masih hidup maka perkahwinan yang terkemudian itu hendaklah terbatal, dan perempuan itu hendaklah kembali kepada suaminya yang dahulu itu selepas tamat tempoh iddah.".