ENAKMEN 6 TAHUN 1993 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 1993
Seksyen 15. Pindaan seksyen 52.
Subseksyen (1) seksyen 52 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan memotong perkataan "perempuan" pada baris 1;
(b) dengan menggantikan perkataan "woman" pada baris 1 dalam teks Bahasa Inggeris dengan perkataan "person";
(c) dengan menggantikan dalam perenggan (g) perkataan-perkataan "bapa atau datuknya" dengan perkataan-perkataan "wali mujbir" dan perkataan-perkataan "enam belas tahun" dengan perkataan "baligh";
(d) dengan memasukkan selepas sahaja perenggan (k), perenggan baru (1) berikut:
" (1) bahawa isteri mempunyai kecacatan yang menghalang persetubuhan;"; dan
(e) dengan menjadikan perenggan (1) yang ada sekarang sebagai perenggan (m).