ENAKMEN 8 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1992
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985[Enakmen 6/85], yang disebut " Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, adalah dipinda-
(a) dengan memasukkan selepas takrif "Hakim Mahkamah Tinggi Syariah" takrif baru yang berikut:
"Jawatankuasa Peguam Syarie" ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
(b) dengan menggantikan takrif "Peguam Syarie" dengan takrif baru yang berikut:
"Peguam Syarie "ertinya seorang Peguam Syarie yang telah dilantik dan dikeluarkan dengan Sijil Peguam Syarie di bawah seksyen 19A; dan
(c) dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan "Ketua Pemeriksa Agama," dalam takrif "Pemeriksa Agama" perkataan-perkataan "Penolong Ketua Pemeriksa Agama,".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.