ENAKMEN 6 TAHUN 1980
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (PINDAAN KETIGA) 1980
Seksyen 4. Seksyen baru 171A.
Enakmen Pentadbiran Ugama Islam 1962 adalah dengan ini dipinda dengan menambahkan seksyen baru 171A selepas sahaja seksyen 171 seperti berikut:
"Seksyen 171A. Kuasa Menyiasat
(1) Majlis atau Yang Dipertua boleh melantik secara bertulis beberapa orang pegawai sebagai pegawai penyiasat bagi maksud menjalankan penyiasatan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2) Majlis atau Yang Dipertua boleh melantik secara bertulis beberapa orang pegawai bagi maksud menjalankan penyiasatan berhubung dengan apa-apa salahamalan atau keabaian mal di bawah Enakmen ini atau kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(3) Penyiasatan sedemikian hendaklah mengikut seberapa tepat yang boleh dengan aturcara-aturcara yang diperuntukkan di dalam mana-mana undang-undang lain berhubung dengan pembicaraan mal dan jenayah di dalam negeri ini.
(4) Perlantikan yang dibuat di bawah seksyen (1) dan (2) hendaklah disiarkan dalam Warta."
Diluluskan di dalam Dewan Negeri pada 23hb Jamadilakhir 1400 bersamaan dengan 8hb Mei 1980.
MOHD. YUNUS BIN ARIFFIN,
Setiausaha, Dewan Negeri Kedah
[PSU (K) 580/1400.]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.