ENAKMEN 6 TAHUN 1984
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (PINDAAN KEEMPAT) 1984
Seksyen 2. Pindaan.
Enakmen ibu adalah dengan ini dipinda seperti berikut:
Seksyen 143--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima" di baris 5 dengan perkataan "seratus" dan menggantikan perkataan "seminggu" di baris 5 dengan perkataan "sebulan atau kedua-duanya".
Seksyen 144--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima ringgit" di baris 3 dengan perkataan "seratus ringgit atau dihukum penjara selama tidak lebih daripada sebulan atau kedua-duanya" dan menggantikan perkataan "lima puluh ringgit" di baris 5 dengan perkataan "dua ratus ringgit atau dihukum penjara selama tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya".
Seksyen 145--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima ringgit" di baris 8 dengan perkataan "seratus ringgit atau dihukum penjara selama tidak lebih daripada sebulan atau kedua-duanya", dan menggantikan perkataan "lima puluh ringgit" di baris 9 dengan perkataan "dua ratus ringgit atau dihukum penjara tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya".
Seksyen 147--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima" di baris 3 dengan perkataan "seratus" dan menggantikan perkataan "seminggu" di baris 4 dengan perkataan "sebulan atau kedua-duanya".
Seksyen 148--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "empat belas hari" di baris 5 dengan perkataan "sebulan" dan menggantikan perkataan "lima puluh" di baris 6 dengan perkataan "seratus".
Seksyen 149 (1)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua" di baris 5 dengan perkataan "tiga" dan menggantikan perkataan "dua ratus" di baris 6 dengan perkataan "lima ratus" serta menggantikan perkataan "tiga" di baris 8 dengan perkataan "enam" dan menggantikan perkataan "tiga ratus ringgit" di baris 8 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 149 (2)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua" di baris 3 dengan perkataan "tiga" dan menggantikan perkataan "dua ratus ringgit" di baris 4 dengan perkataan "lima ratus ringgit atau kedua-duanya" serta menggantikan perkataan "tiga" di baris 6 dengan perkataan "enam" dan menggantikan perkataan "tiga ratus ringgit" di baris 7 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 150 (1)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "sebulan" di baris 4 dengan perkataan "dua bulan" dan menggantikan perkataan "seratus" di baris 4 dengan perkataan "tiga ratus" serta menggantikan perkataan "dua" di baris 7 dengan perkataan "tiga".
Seksyen 150 (2)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "tujuh hari" di baris 3 dengan perkataan "dua bulan" dan menggantikan perkataan "dua puluh lima ringgit" di baris 4 dengan perkataan "tiga ratus ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 151 (1)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menambahkan perkataan "atau kedua-duanya" di baris 6 selepas perkataan "ringgit" dan menggantikan perkataan "lima ratus ringgit" di baris 9 dengan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 151 (2)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "lima ratus ringgit" di baris 5 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya" dan menggantikan perkataan "tiga" di baris 8 dengan perkataan "enam" dan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh ringgit" di baris 8 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 153--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "sebulan" dengan perkataan "dua bulan" dan perkataan "seratus ringgit" dengan perkataan "tiga ratus ringgit atau kedua-duanya" di baris 5.
Seksyen 154 (1)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "lima puluh" dengan perkataan "seratus" dan ditambahkan perkataan "atau kedua-duanya" selepas perkataan "sebulan" di baris 4.
Seksyen 154 (2)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "lima puluh" di baris 6 dengan perkataan "seratus" dan ditambahkan perkataan "atau kedua-duanya" selepas perkataan "sebulan" di baris 7.
Seksyen 154 (3)--
Adalah dengan ini dipinda dengan perkataan "sebulan" dengan perkataan "dua bulan" dan menggantikan perkataan "seratus ringgit" dengan perkataan "tiga ratus ringgit atau kedua-duanya" di baris 5.
Seksyen 155--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima ringgit" di baris 4 dengan perkataan "seratus ringgit atau dihukum penjara selama tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya".
Seksyen 156--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima ringgit" di baris 3 dengan perkataan "seratus ringgit atau dihukum penjara selama tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya".
Seksyen 157--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh ringgit' di baris 8 dengan perkataan "lima ratus ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 158--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh ringgit" di baris 5 dengan perkataan "lima ratus ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 159--
Adalah dengan ini dipinda dengan menambahkan perkataan "atau dihukum penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya" di baris 5 selepas perkataan "ringgit".
Seksyen 160 (1)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "sebulan" di baris 4 dengan perkataan "tiga bulan" dan menggantikan perkataan "seratus ringgit" dengan perkataan "lima ratus ringgit atau kedua-duanya" di baris 5.
Seksyen 161--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "tiga bulan" di baris 4 dengan perkataan "enam bulan" dan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh ringgit" di baris 5 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 162--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "tiga bulan" dengan perkataan "enam bulan" dan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh ringgit" dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya" di baris 5.
Seksyen 163 (1)--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "lima ratus ringgit" di baris 8 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 164--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "sebulan" dengan perkataan "enam bulan" dan menggantikan perkataan "seratus ringgit" dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya" di baris 6.
Seksyen 165--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "sebulan" di baris 5 dengan perkataan "enam bulan" dan menggantikan perkataan "seratus ringgit" di baris 6 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 166--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "lima ratus ringgit" di baris 7 dengan perkataan "seribu ringgit atau kedua-duanya".
Seksyen 167--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "sebulan" dengan perkataan "tiga bulan" dan menggantikan perkataan "seratus ringgit" dengan perkataan "lima ratus ringgit atau kedua-duanya" di baris 4.
Seksyen 168--
Adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh ringgit" di baris 4 dengan perkataan "lima ratus ringgit atau kedua-duanya".
Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 8hb Syaaban, 1404 bersamaan dengan 9hb Mei, 1984.
ABDUL RAHMAN BIN AHMAD,
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri,
Kedah
[PSU (K) 580/1400--UGAMA P/2/10 Sub. 1.; PUNK/P. 6/78.]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.