ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 116. Memberikan sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberikan.

Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang pihak yang satu lagi itu telah diberi notis supaya mengemukakan, dan dokumen itu dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya ia dikemukakan, pihak itu adalah terikat untuk memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya menghendaki dia berbuat demikian dan jika dokumen itu relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.