ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 138. Sanksi.

(1) Tidaklah boleh dibuat sesuatu pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 103, 114, 115 dan 132 melainkan dengan sanksi Yang Dipertua.

(2) Apabila sanksi mendakwa di bawah subseksyen (1) dikehendaki, maka Pegawai Pendakwa hendaklah membuat permohonan kepada Yang Dipertua dan memberi laporan ringkas ke atas kesalahan yang boleh dibuktikan, serta dengan apa-apa pertuduhan yang dicadang akan dijalankan.

(3) Walaupun sanksi Yang Dipertua itu belum diperolehi, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan itu boleh ditangkap atau suatu waran untuk menangkapnya boleh dikeluar dan dilaksanakan dan orang itu boleh ditahan dalam jagaan atau dilepaskan dengan jaminan.

(4) Jika seseorang dibawa ke hadapan sesuatu Mahkamah sebelum Yang Dipertua memberi sanksi untuk pendakwaan itu, maka pertuduhan itu hendaklah dibaca dan dihuraikan kepadanya, tetapi ia tidak boleh memberi jawapan dan undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa berhubung dengan acara jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.