ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN VIII - PLIDING
Seksyen 63. Penyataan tuntutan.
(1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi-
(
a
) suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan-perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
(
b
) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(
c
) suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan
(
d
) butir mengenai apa-apa permohonan lain.
(2) Jika lebih daripada satu kausa tindakan dijadikan sandaran, alasan bagi setiap satu tindakan dan relief yang dituntut berdasarkan kausa itu hendaklah dinyatakan secara berasingan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.