ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 137. Mengeluarkan perintah perlaksanaan.

Tertakluk kepada seksyen 136 si piutang-hukuman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah perlaksanaan dalam borang yang ditetapkan dan Pendaftar, jika tidak ternyata olehnya kenapa perintah perlaksanaan tidak patut dikeluarkan, hendaklah menandantangani dan memeterikan perintah itu dalam dua salinan supaya satunya itu disimpan dalam failnya dan yang satu lagi diserahkan kepada belif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.