ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 108. Penukaran Hakim semasa perbicaraan.

Apabila sahaja mana-mana Hakim, selepas mendengar dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada keterangan dalam sesuatu perbicaraan terhenti daripada menjalankan bidangkuasa di situ dan diganti oleh Hakim lain yang mempunyai dan yang menjalankan kuasa itu, maka Hakim yang menggantikannya itu boleh bertindak atas keterangan yang telah direkodkan oleh bekas Hakim itu, atau yang telah direkodkan sebahagiannya oleh bekas Hakim itu dan sebahagiannya direkodkan olehnya sendiri, atau boleh memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan itu:

Dengan syarat-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.