ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 46. Bentuk waran geledah.


(1) Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis di dalam Borang 2E yang terkandung di dalam Jadual Pertama dan ditandatangani oleh Qadhi dan hendaklah mengandungi meteri Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah berkuatkuasa sehingga beberapa hari yang munasabah yang akan ditetapkan di dalam waran.

(3) Waran geledah yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini bolehlah dilaksanakan di mana-mana dalam Negeri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.