ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 160. Memenjarakan.

(1) Di dalam seksyen ini "penghutang penghakiman" termasuk seorang yang digarnis yang terhadapnya suatu perintah telah dibuat, melalui saman yang digarnis.

(2) Jika seorang penghutang penghakiman didapati bersalah kerana menghina Mahkamah di bawah peruntukan Bahagian ini atau dengan sengaja enggan atau cuai mematuhi mana-mana perintah Mahkamah, mengarahkannya membuat atau jangan membuat sesuatu perbuatan, pemiutang penghakiman boleh menyerah kepada Pendaftar dan Pendaftar boleh memeteri, menandatangani dan mengeluarkan suatu notis hukuman dalam Borang 21 yang mengarahkan penghutang penghakiman supaya menunjukkan sebab-sebab mengapa ia tidak patut dimasukkan ke penjara. Saman yang demikian hendaklah menyatakan alasan-alasan permohonan itu dan hendaklah diserah ke atas diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya dua hari genap sebelum pembicaraan itu. Pendaftar boleh dengan budibicaranya menghendaki alasan-alasan permohonan itu dibuktikan dengan afidavit.

(3) Mahkamah semasa membicara saman tersebut boleh mendapat keterangan-keterangan yang ia fikir patut dan boleh memerintah penghutang penghakiman ke penjaga sivil atau boleh mengenakan beliau syarat-syarat yang tertentu atau menerima darinya akujanji yang Mahkamah fikir patut.

(4) Hukuman penjara di bawah seksyen ini tidak boleh dikira sebagai menyelesaikan hutang penghakiman atau mana-mana bahagiannya.

(5) Seorang yang telah dipenjarakan di bawah perintah ini boleh memohon untuk dibebaskan dengan membuktikan bahawa ia telah membersihkan penghinaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.