ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA



Seksyen 51. Penyampaian di negeri lain dalam Malaysia.

(1) Mana-mana surat perintah untuk disampaikan di dalam negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Kadi Besar, Kadi, Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa dalam daerah di mana orang yang hendak disampaikan surat perintah itu berada atau menjalankan perniagaannya.

(2) Dokumen untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian yang ditandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.