ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 147. Menahan pihak menentang di dalam kes-kes yang tertentu.

Apabila satu rayuan dikemukakan terhadap pembebasan maka Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Kadi Besar bolehlah mengeluarkan satu waran mengarahkan supaya orang yang dituduh ditahan dan dibawa ke hadapannya, dan bolehlah menyerahkannya ke penjara hingga rayuan itu diselesaikan atau membenarkan jaminan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.