ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 5. Keahlian Majlis.

(1) Majlis hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut:
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (g) dan (h) subseksyen (1) hendaklah seorang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Menteri Besar bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(3) Seorang ahli yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan (d), (e) dan (f) adalah seorang bukan Islam, Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Menteri Besar hendaklah melantik seorang Islam lain dan yang terkanan dari Jabatan yang sama menjadi ahli menggantikan orang tersebut.

(5) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Pengerusi dan ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis hendaklah tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Pengerusi dan ahli-ahli Majlis yang lain sehingga tamat tempoh perlantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.