ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 174. Merekodkan fakta yang menjadikan kesalahan.

(1) Dalam tiap-tiap kes seumpama itu Mahkamah hendaklah merekodkan fakta-fakta yang menjadikan kesalahan itu, bersama dengan kenyataan, jika ada, yang dibuat oleh pesalah dan keputusan serta dapatan yang dikenakan.

(2) Jika kesalahan itu adalah suatu kesalahan yang dapat dihukum di bawah seksyen 217, rekod itu mesti menunjukkan jenis dan peringkat prosiding kehakiman yang mana Mahkamah telah diganggu atau dihina apabila bersidang, dan jenis gangguan atau penghinaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.