ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 15. Pertunangan.


Jika seseorang telah mengikat suatu perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syara' , sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada perjanjian itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi dalam membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan semua ini boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.