ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 113. Keterangan mengenai nyataan-nyataan yang dinyatakan dalam suratan yang tersebut dalam seksyen 112.

Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai nyataan-nyataan yang tersebut dalam mana-mana suratan seperti yang disebutkan dalam seksyen 112, sungguhpun ia tiada ingatan yang tepat tentang nyataan-nyataan itu sendiri, jika ia yakin bahawa nyataan-nyataan itu telah direkodkan dengan betulnya dalam suratan itu.

MISALAN

Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberi keterangan mengenai nyataan-nyataan yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang sentiasa dicatatkan dalam perjalanan urusan jika ia ketahui bahawa buku kira-kira itu telah dicatatkan dengan betulnya, walaupun ia telah terlupa tentang urusan-urusan yang tertentu yang telah dicatatkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.