ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
AM



Seksyen 22. Akta Perlindungan Pihakberkuasa Awam 1948.

Akta Perlindungan Pihakberkuasa Awam, 1948 hendaklah dipakai pada mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau pembicaraan terhadap Majlis atau terhadap mana-mana pegawai, kakitangan, atau ejen Majlis bagi apa-apa tindakan, cuaian, atau peringkaran yang dilakukan olehnya atas sifatnya sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.