ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Dokumen Awam



Seksyen 59. Salinan yang diperakui bagi dokumen awam.

Tiap-tiap pegawai awam yang ada di dalam simpanannya sesuatu dokumen awam yang seseorang ada hak memeriksa hendaklah memberikan kepada orang itu atas permintaannya salinan dokumen itu apabila dibayar fee yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ianya adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bagi sebahagian daripadanya, mengikut mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan jika pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui demikian itu adalah dipanggil salinan yang diperakui.

Huraian
- Seseorang pegawai yang diberi kuasa mengeluarkan salinan yang tersebut itu pada melaksanakan kewajipan rasminya yang biasa, hendaklah disifatkan sebagai ada di dalam simpanannya dokumen yang tersebut itu dalam erti seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.