ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X
Darihal perbicaraan



Seksyen 97. Kuasa melepaskan daripada tuduhan dengan bersyarat atau tanpa syarat.

(1) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen terdahulu daripada seksyen ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.

(2) Apabila mana-mana orang yang dituduh dihadapkan di hadapan Mahkamah dengan kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa tuduhan itu adalah terbukti tertapi berpendapat bahawa dengan melihat kepada watak, latarbelakangnya, umur, kesihatan atau keadaan akal orang yang dituduh itu, atau kepada kecilnya kesalahan yang dilakukan itu, atau kepada keadaan-keadaan yang meringankan di bawah mana-mana kesalahan itu dilakukan, adalah tidak sesuai dikenakan sebarang hukuman atau hukuman selain daripada hukuman ringan atau adalah wajar melepaskan pesalah itu dengan bersyarat. Mahkamah bolehlah, tanpa mencatatkan rekod sabit kesalahan, mengeluarkan perintah sama ada -

(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada hukuman itu, memerintahkan pesalah itu membayar pampasan atas kecederaan atau kehilangan atau membayar kos berkenaan prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah atau membayar kedua-dua pampasan dan perbelanjaan tersebut.

(4) Jika Mahkamah berpuas hati dengan maklumat yang diberi dengan jalan sumpah bahawa pesalah itu gagal mematuhi sebarang syarat bonnya itu, maka bolehlah dikeluarkan waran untuk menangkap pesalah itu.

(5) Mana-mana pesalah yang ditangkap dengan waran tersebut itu, jika tidak dibawa segera ke hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukum pesalah itu, hendaklah dibawa ke hadapan Hakim yang mana boleh -

(6) Apabila pesalah itu ditahan dengan jalan tersebut dia bolehlah dipenjara dan waran tahanan hendaklah mengarahkan supaya dia dibawa ke Mahkamah di mana dia dikehendaki hadir untuk menerima hukuman atau untuk menjawab soalan-soalan berkenaan dengan kelakuannya sejak dia dilepaskan.

(7) Seksyen ini tidak terpakai apabila kesalahan itu bersabit dengan hukuman hudud atau qisas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.