ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 25. Pendaftaran.

(1) Pernikahan tiap-tiap orang yang biasanya bermastautin dalam negeri ini dan yang bermukim di luar negeri tetapi bermastautin di dalam negeri ini mengikut peruntukan Enakmen ini hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan Enakmen ini.

(2) Peruntukan Enakmen ini tidak terpakai bagi mana-mana pernikahan yang dilakukan selepas berkuatkuasanya Enakmen ini yang tidak didaftarkan atau tidak disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.