ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVIII - MURAJA'AH



Seksyen 166. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam muraja'ah.

(1) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, di dalam mana-mana kes di mana rekod prosiding telah diminta olehnya atau dengan jalan lain telah dikemukakan kepadanya, menurut budibicaranya, menjalankan apa-apa jua kuasa yang diberikan oleh seksyen 137,141,142 dan 143.

(2) Sesuatu perintah yang membawa kemudharatan kepada orang yang dituduh tidaklah boleh dibuat melainkan dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada secara persendirian atau melalui Peguam Syarienya dalam membela dirinya.

(3) Tiada apa pun di dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengubah sesuatu pendapat mengenai pembebasan kepada sabitan akan tetapi Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengarahkan kes itu dibicarakan semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.