ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 191. Tugas merinyu Ugama sesudah tamat penyiasatannya.


(1) Jika pada pendapat Merinyu Ugama bahawa penyiasatan ke atas sesuatu kes itu sudah tamat maka ia hendaklah memajukan kertas siasatannya kepada Pendakwa Ugama.

(2) Apabila kertas siasatan itu diterima maka Pendakwa Ugama hendaklah mengkajinya dan menentukan sama ada penyiasatan itu sudah betul dikemaskan. Jika pada pendapatnya sesuatu penjelasan ke atas kes dikehendaki atau sesuatu aspek kes itu patut disiasat lagi, maka Pendakwa Ugama bolehlah memberi arahan yang sewajarnya kepada Merinyu Ugama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.