ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak sebagai saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya atau keterangan ibu bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai
bayyinah.

(4) Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai
bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.