ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 69. Bentuk.

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan secara notis dan afidavit dalam Borang 7 yang ditetapkan.

(2) Jika permohonan ini ialah mengenai prosiding yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi tajuk prosiding itu.

(3) Jika permohonan ini bukan mengenai prosiding yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi tajuk yang bersesuaian.

(4) Permohonan ini hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan mengandungi fakta yang mencukupi untuk menyokong permohonan itu, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, permohonan itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.