ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 8. Kesalahan membahagikan di tempat awam terbitan mengenai ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia, dalam masa membahagikan di suatu tempat awam apa-apa terbitan mengenai ugama bukan Islam, dengan sengaja menyerahkan salinan atau salinan-salinan terbitan itu kepada seorang berugama Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.