ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Mufti



Seksyen 35. Pelantikan Mufti.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Yang di-Pertua Negeri, melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti.

(2) Mufti hendaklah secara ex officio menjadi anggota Majlis dan dia tidaklah tertakluk kepada seksyen 11.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.