ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 98. Orang-orang yang sudah mati dan hilang upaya.

(1) Tiada seseorang boleh mewakili atau bertindak bagi pihak harta pesaka seseorang simati melainkan ianya telah dilantik mengikut undang-undang menjadi pentadbir atau wasi yang telah mengesahkan wasiat:

Dengan syarat bahawa seseorang waris boleh menuntut bahagiannya daripada harta pesaka simati terhadap mana-mana orang yang memiliki dengan cara tidak sah harta simati itu.

(2) Jika sesuatu pihak di dalam sesuatu pembicaraan ialah seorang remaja yang belum baligh, atau seorang yang tidak sempurna akalnya, Mahkamah boleh melantik seorang yang patut dan layak, yang tidak mempunyai kepentingan yang bertentangan dengannya untuk mewakilinya di dalam pembicaraan-pembicaraan itu. Penjaga semulajadi atau yang sah di sisi undang-undang bagi seorang remaja yang belum baligh itu, atau jawatankuasa bagi seseorang yang tidak sempurna akal, jika ada, hendaklah biasanya dilantik sedemikian, jika bersetuju bertindak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.