ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 151. Perakuan dan akibat keputusan.

(1) Bila mana satu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di bawah Bab ini ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah di mana keputusan hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat telah direkodkan atau diluluskan.

(2) Bila mana satu rayuan tidak ditolak perakuan itu hendaklah menyebutkan alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Kadi telah diubah.

(3) Mahkamah yang menerima keputusan atau perintah Mahkamah Rayuan hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan atau perintah dari Mahkamah Rayuan dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.