ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN



Seksyen 14. Perkahwinan seorang perempuan.

(1) Tiada seorang perempuan pun boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seorang lelaki lain.

(2) Jika perempuam itu adalah seorang janda-

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya, dia tidak boleh, dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat dia bermastautin.

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-

(5) Jika seseorang perempuan yang telah dicerai atau fasakh oleh Mahkamah dan perkara itu telah dibawa ke Mahkamah Rayuan Syariah, ia tidak boleh bernikah dengan mana-mana lelaki lain sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.