ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 90. Tatacara mengenai pemindahan.

(1) Jika suatu perintah dibuat bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada satu Mahkamah yang lain, Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan hendaklah menghantar kepada Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan fail, segala dokumen, barang kes dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika ada.

(2) Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.