ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 30. Penjelasan bahagian Baitul-Mal.

(1) Tiap-tiap wasi atau orang yang menjadi kuasa bagaimana yang tersebut dahulu hendaklah membayar kepada Bendahari bayaran wang tunai yang bersamaan dengan harga bahagian harta pesaka yang terhak kepada Baitul-Mal itu dalam tempoh sebulan daripada masa diserahkan kepadanya suatu notis menuntut bayaran bahagian itu, atau dalam tempoh yang lebih lanjut bagaimana yang boleh dibenarkan oleh Bendahari dengan surat.

(2) Bendahari itu boleh membenarkan bertempoh lagi dengan apa-apa jua syarat yang patut pada pandangannya dan boleh menerima mengikut tadbirnya akan apa jua harta sama ada yang boleh bergerak atau yang tiada boleh bergerak mengikut bagaimana yang difikirkan patut diterima sebagai ganti atau sebagai bayaran bagi bahagian wang yang bersamaan harganya dengan bahagian pesaka yang terhak kepada Baitul-Mal mengikut syarat-syarat bagi seksyen ini.

(3) Notis yang demikian itu boleh diserahkan kepada orang itu sendiri atau dengan jalan pos.

(4) Sebarang orang yang tiada menyempurnakan syarat-syarat seksyen-kecil (1) di atas ini boleh dikenakan denda sebanyak yang tiada lebih daripada satu ratus ringgit dan dalam perkara kekal tiada menyempurnakan syarat-syarat ini suatu denda lagi sebanyak yang tiada lebih daripada lima puluh ringgit bagi tiap-tiap sebulan atau bahagian daripada satu bulan yang di dalam masa tiada dapat menyempurnakan masih kekal dilakukan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.