ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - PENDAKWAAN



Seksyen 179. Pengambilan Peguam Syarie.

Dengan kelulusan Majlis, seseorang Peguam Syarie boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk menjalankan pendakwaan atau menghadiri di dalam kes rayuan jenayah bagi pihak Ketua Pendakwa Syarie. Peguam Syarie itu hendaklah dibayar feenya dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan semasa menjalankan tugasnya di dalam pendakwaan atau rayuan itu, Peguam Syarie itu hendaklah dianggap sebagai penjawat awam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.