ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 81. Tempoh perintah bagi nafkah anak.
Kecuali-
(a) jika sesuatu perintah bagi menanggung nafkah anak dinyata bagi mana-mana tempoh yang lebih singkat; atau
(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau
(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk-
(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;
(ii) seseorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pendidikan atau latihan lanjut atau lebih tinggi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.