ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PENGAKADNIKAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 43. Bukti.


Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini dan sesuatu salinan apa-apa catatan di dalamnya, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatannya sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar, hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua Mahkamah dan tribunal mengenai tarikh-tarikh dan perbuatan-perbuatan yang terkandung atau dinyatakan dalam Daftar Perkahwinan, salinan atau cabutan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.