ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
Seksyen 10. Pembatalan perlantikan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membatalkan perlantikan mana-mana ahli Majlis -
(a)
jika kelakuan ahli itu sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli atau selainya telah memburukkan nama Majlis; atau
(b)
jika atas apa-apa sebab ahli itu telah menjadi tidak berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai ahli; atau
(c)
jika ahli itu, tanpa sebarang alasan yang pada fikiran Yang Dipertua adalah mencukupi, telah tidak hadir selama tiga kali berturut-turut mesyuarat Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.