ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Dalam Hal Keadaan Khas



Seksyen 22. Bila catatan dalam buku akaun adalah qarinah.

Catatan dalam buku akaun yang biasanya disenggara dalam perjalanan urusan adalah qarinah apabila catatan itu merujuk kepada perkara yang kena disiasat oleh Mahkamah, tetapi catatan itu sahaja tidaklah menjadi keterangan yang cukup bagi mengenakan apa-apa tanggungan terhadap seseorang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.