ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 21. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam kes-kes tertentu, minit hendaklah dalam bentuk ringkas dan mengandungi keputusan dan perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis satu salinan minit hendaklah disembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan dihantar kepada semua ahli Majlis.

(4) Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan sebegitu kerap yang tidak melebihi tiga bulan berselang antara satu mesyuarat dengan yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.