ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN
Seksyen 56. Bentuk pembelaan.
Tiap-tiap pembelaan hendaklah-
(a)
sama ada mengakui atau menafikan tiap-tiap fakta-fakta tohmahan matan di dalam penyata tuntutan. Penafian bukanlah untuk mengelak tetapi menjawab perkara matan;
(b)
menyatakan dengan ringkas apa-apa fakta baru yang digunakan oleh defendan melalui pembelaan atau pengurangan ganti rugi;
(c)
membangkitkan dengan ringkas dan tanpa berhujjah mana-mana perkara undang-undang yang perlu; dan
(d)
ditandatangani oleh defendan atau peguamnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.