ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 69. Kecualian.

(1) Pemansuhan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 [En. Tr. 12/86] di bawah subseksyen 107 (1) Enakmen Pentadbiran hendaklah tidak menghalang mana-mana prosiding atau pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan sebelum mula berkuat kuasanya Enakmen ini dan dimulakan di bawah Enakmen termansuh.

(2) Bagi maksud prosiding dan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1), maka hendaklah dianggap seolah-olah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 tidak pernah dimansuhkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.