ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 44. Mahkamah Ulangbicara.


(1) Majlis, dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah pada tiap-tiap tahun melantik tidak lebih daripada tujuh orang Islam yang difikirkan patut dan layak untuk menjadi anggota para hakim yang tersedia dan Yang di-Pertua hendaklah memilih tiga orang di antara mereka untuk menjadi hakim-hakim Mahkamah Ulangbicara bagi tiap-tiap satu koram pembicaraan dengan melantik seorang daripadanya menjadi Pengerusi Mahkamah itu.

(2) Nama-nama tujuh orang ahli itu hendaklah diwartakan dalam Warta Kerajaan.

(3) Ulangbicara kepada Mahkamah Ulangbicara boleh dibuat oleh mana-mana pihak yang tidak puas hati di atas hukuman, arahan, perintah atau keputusan Mahkamah Kadi atau Mahkamah Kadi Besar mengikut peruntukan-peruntukan yang ada selepas daripada ini.

(4) Rayuan boleh dibuat terus daripada Mahkamah Kadi atau Makhkamah Kadi Besar kepada Mahkamah Ulangbicara.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.