ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXVII - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Seksyen 195. Kuasa.
Dalam mana-mana Mahkamah, Pendaftar dalam Kamar boleh -
(
a
) menangguhkan mana-mana prosiding;
(
b
) menetapkan tarikh perbicaraan mana-mana prosiding;
(
c
) mendengar dan menentukan mana-mana permohonan untuk waran distres;
(
d
) mentadbirkan ikrar untuk afidavit dan menyelenggarakan bon;
(
e
) apabila cagaran diperintahkan diberi, menentukan supaya ia mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membuktikannya;
(
f
) dengan izin semua pihak memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding;
(
g
) menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Ordinan ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.