ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN



Seksyen 39. Alamat penyampaian.

Tiap-tiap plaintif atau pemohon, dan tiap-tiap orang yang memfailkan mana-mana dokumen di dalam mana-mana pembicaraan (selain daripada mana-mana pegawai Mahkamah yang bertindak demikian) dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberi alamat penyampaian dalam Negeri:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang yang diwakili oleh peguam alamat peguam hendaklah menjadi alamat penyampaian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.